Sunday, November 9, 2014

Bimbang.

Bimbang….
Mungkin ini yang sedang ku rasa.
Tak hentinya aku berfikir.
Aku hanya sehelai daun kering.
Yang terbuang dan tersisihkan oleh sang angin.
Dan kau bagaikan mutiara.
Yang tersimpan di tempat terindah.
Aku hanya mampu terdiam dan terpaku menatapmu.
Aku bimbang.
Hati ini tak ingin sedikitpun menyakiti hati sucimu.
Tapi rasa ini....

Ikut siapa?

Kadang-kadang kita rasa kita buat keputusan terlalu terburu-buru.
Terlalu ikut kata hati.
Terlalu ikut nafsu.
Akhirnya diri sendiri yang merana.
Padan muka.

Friday, November 7, 2014

Thank you ❤️



Terima kasih keluarga.
Tiba-tiba tgh sebuk mgumpat dgn mak aku, ayh aku dari blakang kiss dahi berkali2 wish birthday berserta kek ditangan adik tercinta. Sweet sgt diaorg ni hoiii.. 😍😍


Tuesday, October 21, 2014

Doraemon.

Kan bagus.
Aku ada jam putarkan masa.
Aku nak putarkan masa.
Betulkan apa yang aku rasa patut tak berlaku. 
Buang manusia yang aku rasa tak patut ada.
Baiki segalanya.

Sunday, October 19, 2014

Hope.

Siapa sangka.

Siapa sangka,
Jodoh datang sekelip mata.

Siapa sangka,
Dulu kita kecewa,
Sekarang kita bahagia.

Siapa sangka,
Seekor ular,
Yang nampak berbisa,
Sebenarnya suka bermanja mesra.

Siapa sangka?

Saturday, October 18, 2014

Patung.

Kau boleh sepak aku.
Kau boleh lempar aku.
Kau boleh buang aku.
Kau boleh ambil aku.
Kau boleh pijak aku-
Segalanya kau boleh.

Bila-bila masa kau suka.

Sebab aku--
Patung bukan manusia.

Thursday, October 16, 2014

Katakan pada dunia.





Burung.
Katakan pada langit.
Cacing.
Katakan pada tanah.
Kucing.
Katakan pada daratan.
Ikan.
Katakan pada lautan--

Yang kini.
Aku sudah menjadi 'auntie'
Alhamdulillah.
Syukur kepadamu ya Allah.

Tahniah abang, kakak ipar.



-aku dan abang-

B

Dia fikir aku kesah--
Tentang cerita cinta dia?
Bodoh!

Memang aku kesah!

Sunday, October 12, 2014

Mimpi semalam.

Aku tersedar dari mimpi.
Aku lap air mata dipipi--

Aku mimpi kau semalam.
Tinggalkan aku seorang diri.

Satu

Sunday, October 5, 2014

bangkit.

Lamunan terhenti.
Permintaannya yang dinanti.
Diri terasa keji.
Kerana tak pernah peduli.

Bangkit bangun berdiri.
Bangkit bangun berlari.
Bangkit bangun mengejar mimpi.
Bangkit bangun cuba kecapi.

Tuesday, September 23, 2014

'G' kuasa 2.



Dia fikir hidup ni macam gula,
Manis sentiasa.
Padahal garam pun nak bermaharajalela.
Boleh tercampur dengan gula.

Ingat senang ke nak asingkan gula dengan garam? 

Monday, September 22, 2014

Pendiam pendam.

Aku ada banyak benda mahu dikatakan,
Tapi aku tak mampu bersuara,
Tiada satu pun keluar,

Adakah aku lemah?
Atau sangat lemah?


Saturday, September 20, 2014

Pesan pada burung.

Burung itu terbang kononnya bebas.
Terbang puas hirup udara segar.
Lihat keindahan dunia.
Tinggi sangat dia terbang.
Bukan main seronok kesana-sini.
Tapi akhirnya.
Dia tertangkap.
Murung bersangkar tangis mengalir.

-Pesan aku pada burung.
'Nasib baik tertangkap dari ditembak'

Sunday, September 14, 2014

Penamatnya.

Terpadam.
Atau tersimpan tanpa dendam.

Diam.
Walau aku tanpa arah.
Pendam.
Aku tak akan marah.

Penamatnya.

Hanya diri kau aku padam.
Dari diari hidup 'Farah'.

Take my hand.

Please don't see.

Just caught up in dreams and fantasies.
Please see me.
Reaching out for someone I can't see.

Take my hand, let's see where we wake up tomorrow.

Best laid plans sometimes are just a one night stand.
I'll be damned, Cupid's demanding back his arrow.
So let's get drunk on our tears.

And God, tell us the reason youth is wasted on the young.

It's hunting season and the lambs are on the run.
Searching for meaning.
But are we all lost stars trying to light up the dark?

Who are we?

Just a speck of dust within the galaxy?
Who is me.
If we're not careful turns into reality.

But don't you dare let our best memories bring you sorrow.

Yesterday I saw a lion kiss a deer.
Turn the page, maybe we'll find a brand new ending.
Where we're dancing in our tears.


and I thought I saw you out there crying.

and I thought I heard you call my name.
and I thought I heard you out there crying.
But just the same.

Ragam.



Ahad tidak hari aku tak berkerja.
Hari yang aku bersahaja.
Rehatkan minda.
Sampai leka.
Dengan dunia.
Yang hanya sementara.

Dunia yang kadang2 manis.
Kadang2 tragis.

Tuesday, September 2, 2014

Sekarang dan dulu.

Sekarang.
Perbualan kurang.
Otak bersarang.
Rutin berulang.

Rindu.
Kehidupan yang lepas.
Tak terlalu bebas.
Tak terlalu lemas.
Tak juga rimas.
Dijaga kemas.
Bak permata emas.

Wednesday, August 13, 2014

Did i?

Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?
'Cause I saw the end before we'd begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what's mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won't stop there,
I am here for you if you'd only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I've kissed your lips and held your hand.
Shared your dreams.
I know you well, I know your smell.
I've been addicted to you.

I am a dreamer and when I wake,
You can't break my spirit - it's my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be
I've seen you cry, I've seen you smile.
I've watched you sleeping for a while.
I'd be the mother of your child.
I'd spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We've had our doubts but now we're fine,
And I love you, I swear that's true.
I cannot live without you.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

And I still hold your hand in mine.
In mine when I'm asleep.
And I will bare my soul in time.

Thursday, July 3, 2014

Dear god.

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find,
While I recall all the words you spoke to me,
Can't help but wish that I was there,
Back where I'd love to be, 

Dear God, the only thing I ask of you
Is to hold him when I'm not around,
When I'm much too far away,
We all need that person who can be true to you,
But I left him when I found him,
And now I wish I'd stayed,
'Cause I'm lonely and I'm tired,
I'm missing you again,
Once again,

There's nothing here for me, on this barren road,
There's no one here while the city sleeps,
And all the shops are closed,
Can't help but think of the times I've had with you,
Pictures and some memories will have to help me through, 

Some search, never finding a way,
Before long, they waste away,
I found you, something told me to stay,
I gave in, to selfish ways,
And how I miss someone to hold.

Tuesday, July 1, 2014

Haih.

Aku rasa kaku,
Aku rasa pilu,
Aku rasa buntu,
Aku rasa haru,
Aku rasa...aku...

Tuesday, June 17, 2014

Senyum.

Dugaan.
Cabaran.
Kadang-kadang aku tak sanggup pun nak lawan.
Kadang-kadang jugak aku rasa aku give up.
Kadang-kadang jugak aku rasa aku lemah sangat.

Tak kesah apa nak jadi.
Tak kesah apa kena maki.
Mungkin aku dah xperlu fikirkan diri sendiri.
Keinginan diri.
Sebenarnya.
Aku give up.
Aku dah tak nak bangun berdiri.
Aku dah malas nak mengejar mimpi.
Atau orang boleh kata aku dah lari.
Lari dari realiti.

Aku down.
Aku dah malas nak up.
Aku biar diri sendiri.
Hati sepi.
Menangis ditepi.

Cepat.

Hati aku.
Kadang-kadang.
Cepat tersentuh.
Cepat tawar.
Cepat berubah.
Cepat panas.
Cepat sejuk.
Cepat merajuk.
Cepat takut.
Cepat berani.
Cepat mengalah.

Semua terpulang pada kau.
Myakinkan hati aku.
Sebenarnya.

Sayu.


Tiba-tiba,
Hati aku terasa sayu.
Tiba-tiba,
Jantung bergerak laju.
Tiba-tiba,
Mekar bunga kelihatan layu.
Tiba-tiba,
Otak terasa buntu.
Tiba-tiba,
Kaki statik bagai dipaku.
Tiba-tiba,
Diri terasa malu.
Tiba-tiba,
Kepala sakit bagai dihentak kayu.

Tiba-tiba.
Semuanya tiba-tiba.

Dari jauh kelihatan samarmu.
Dari dekat datang baumu.
Dari sini aku sayu.
Terlintas-lintas bayangmu.
Ternanti-nanti kau yang dulu.


Wednesday, June 11, 2014

Realiti.

Kadangkalanya,
Aku bagai kucing perlukan belaian.
Sekali sekalanya,
Aku bagai harimau bencikan kedatangan.
Ada kalanya,
Aku bagai bintang perlukan cahaya dari bulan.

Kebenarannya,
Aku seorang yang penakut.
Takut akan kejatuhan.
Kebenarannya,
Aku seorang yang lemah.
Lemah akan kehadiran.
Kebenarannya,
Aku seorang yang gelisah.
Gelisah akan keseorangan.

Sebenarnya,
Aku ingin diperlukan.
Sebenarnya,
Aku takut akan kehilangan.
Sebenarnya,
Aku perlukan kebahagiaan.
Sebenarnya,
Aku perlukan sokongan.
Sebenarnya,
Aku perlukan adam.
Sebenarnya,
Aku ingin mengejar impian.
Dan sebenarnya,
Aku perlu berdiri hadapi cabaran.

Hakikatnya,
Kehadiran kau membawa senyumku.
Hakikatnya,
Kehilangan kau membawa senyumku.
Hakikatnya,
Kemunculan kau kembalikan senyumku.
Hakikatnya,
Kau senyum aku.

Terima kasih.
Hadir membawa kasih.




Malam hari.

Di dalam kedinginan jiwaku.
Kau hadir mendekap erat kalbuku.
Dalam kesendirian nuraniku.
Kau temani aku dengan kemesraan.
Dalam kegalauan jiwaku.
Kau hadir untuk menghiburku.
Dalam kesepian malamku.
Kau hadir dalam indahnya mimpiku.
Tiada yang ku fikirkan selama ini.
Kecuali aku merasa bererti bersamamu.
Tak ada sesuatu terindah untuku.
Kerana kau segala-galanya bagiku.

Di kesepian malam aku sendiri.
Termenung dibawah cahaya rembulan.
Pucuk-pucuk daun meliuk indah.
Mengikuti irama angin perlahan.

Angin, Aku hargai kau menghiburku.
Memang tidak ingin aku berlama-lama.
Larut dengan gelapnya malam.
Terombang-ambing oleh kelamnya awan.
Angin, Tolong katakan pada bulanku.
Aku rindu dan berharap dia hadir disini.
Dengan segala ketulusan cintanya.
Ingin aku mengajaknya bernyanyi.
Menari, berdansa berdua .
Angin, katakanlah padanya.
Aku perlu belaian sejuta kasihnya.
Ingin aku menikmati indahnya malam ini.
Dengan kehangatan peluk mesranya.
Angin, untuk yang terakhir.
Katakanlah padanya.
Aku benci dengan kesendirian ini.

Thursday, June 5, 2014

Tahu tak?


Semenjak 2 menjak ni otak aku mcm dipaku.
Asyik fikirkan sesuatu,
Asyik merapu,
Asyik tak padu,
Mungkin perlukan lebih ilmu.

Eh kenapa?
Dah tua?
Atau dah sampai masa?
Maksud aku, masa untuk bersuka ria.
Masa untuk kurangkan fikir pelbagai rasa.

Mungkin aku patut rehatkan dia sebentar.
Pergi melancong ke luar kota.
Atau pergi duduk je atas tikar.
Tikar sembahyang lama2.

Baca apa yang patut dibaca.
Agar tenang segalanya.
Dipermudah oleh-Nya.
Agar menjadi insan berguna.
Didunia.
Dan disana.

Amin.

Wednesday, April 2, 2014

Cinta.

Malas fikir tentang dia kerana belum tiba.
Malas fikir tentang dia kerana belum masanya.
Malas fikir tentang dia kerana belum bersedia.

Bila tiba dia.
Akan aku terima.
Dengan restu mereka.

Tuesday, April 1, 2014

Brazil.

Gua sokong brazil kak.
Dah lama gua tak sokong brazil.
Tapi aku rasa curang pulak dgn spain.



Tuesday, March 25, 2014

Tidur anakku.




Aku masih ingat manjaku dengannya.
Tidur dibawah ketiaknya.
Demam bila dia tiada.
Menangis apabila dimarahnya.

Ayah ku.

Monday, March 10, 2014

Aku masih menanti.



Aku masih menanti.
Kehadiran cinta sejati.
Yang kekal sampai mati.
Yang bakal bergelar suami.

Akan ku curah kasih sentiasa.
Akan ku belai dengan manja.
Akan ku beri gelak tawa.
Akan ku jadi bidadarinya.

Wednesday, March 5, 2014

Apa ni?



Dah lamaaaa...
Cukup lama...
Aku tak bebel..
Aku tak mengata...
Aku tak mencarut...
Aku tak bercerita...
Mungkin kerana aku tak ada masa...
Mungkin kerana aku malas nak bercerita..
Mungkin...
Sebenarnya esok aku ada interview kat gebeng...
'Jauh' kata aku...
'Eh dalam kuantan jugak' kata mak aku...
Sebenarnya aku nak sambung belajar..
Cita-cita aku sekarang nak jadi lecturer...
Kononnya..
Malas engineer...
Malas ofis..
Kata mak aku.. 'Asyik belajar bila nak kawin'
Kata aku.. 'Jodoh takde lagi mcmana nak kawin'
Jadi sekarang aku nak kerja ke sambung belajar lagi?
Mana?
Bagi aku kahwin tu belum terlintas bila..
Dimana...
Dengan siapa...
Semua tak hadir bagi clue..
Dan...

Sekarang aku mmg terkenal dgn hantu kek...
Sampaikan ramai kata..
Berikan Farah sepotong kek dan dia akan jinak..
Woh! Boleh jadi motto hidup?
Mungkin..
Setiap minggu aku date dengan kek..
Ceria jugak rasa...
Jumpa kek..
Rindu kek...
Bila lagi?

Monday, February 17, 2014

Hi.


Diri.


Aku punya kisah silam,
Kisah silam yang langsung aku tak idam.

Kau punya sejarah hitam,
Bila kau mahu kau genggam.

Harapan palsu sering diberi,
Janji manis terus menyepi.

Aku malu dengan keluarga,
Lagi malu dengan dunia.

Mungkin semua punya sebab,
Sebab yang aku sendiri tak tahu.

Semua berlaku punya hikmah,
Lebih baik atau sebaiknya.

Diri malas mencari dia,
Sukar diterima,
Sukar dilamar.

Bila orang tanya bila?
Aku jawab aku tak punya.
Bila orang tanya kenapa?
Aku jawab aku tak jumpa.

Biar semua ditentukan keluarga.
Bila hati malas berbicara.

Dan kau?
Mana kau?
Kenapa lambat?
Aku perlu ubat.