Di dalam kedinginan jiwaku.
Kau hadir mendekap erat kalbuku.
Dalam kesendirian nuraniku.
Kau temani aku dengan kemesraan.
Dalam kegalauan jiwaku.
Kau hadir untuk menghiburku.
Dalam kesepian malamku.
Kau hadir dalam indahnya mimpiku.
Tiada yang ku fikirkan selama ini.
Kecuali aku merasa bererti bersamamu.
Tak ada sesuatu terindah untuku.
Kerana kau segala-galanya bagiku.
Di kesepian malam aku sendiri.
Termenung dibawah cahaya rembulan.
Pucuk-pucuk daun meliuk indah.
Mengikuti irama angin perlahan.
Angin, Aku hargai kau menghiburku.
Memang tidak ingin aku berlama-lama.
Larut dengan gelapnya malam.
Terombang-ambing oleh kelamnya awan.
Angin, Tolong katakan pada bulanku.
Aku rindu dan berharap dia hadir disini.
Dengan segala ketulusan cintanya.
Ingin aku mengajaknya bernyanyi.
Menari, berdansa berdua .
Angin, katakanlah padanya.
Aku perlu belaian sejuta kasihnya.
Ingin aku menikmati indahnya malam ini.
Dengan kehangatan peluk mesranya.
Angin, untuk yang terakhir.
Katakanlah padanya.
Aku benci dengan kesendirian ini.