Tuesday, June 17, 2014

Senyum.

Dugaan.
Cabaran.
Kadang-kadang aku tak sanggup pun nak lawan.
Kadang-kadang jugak aku rasa aku give up.
Kadang-kadang jugak aku rasa aku lemah sangat.

Tak kesah apa nak jadi.
Tak kesah apa kena maki.
Mungkin aku dah xperlu fikirkan diri sendiri.
Keinginan diri.
Sebenarnya.
Aku give up.
Aku dah tak nak bangun berdiri.
Aku dah malas nak mengejar mimpi.
Atau orang boleh kata aku dah lari.
Lari dari realiti.

Aku down.
Aku dah malas nak up.
Aku biar diri sendiri.
Hati sepi.
Menangis ditepi.

Cepat.

Hati aku.
Kadang-kadang.
Cepat tersentuh.
Cepat tawar.
Cepat berubah.
Cepat panas.
Cepat sejuk.
Cepat merajuk.
Cepat takut.
Cepat berani.
Cepat mengalah.

Semua terpulang pada kau.
Myakinkan hati aku.
Sebenarnya.

Sayu.


Tiba-tiba,
Hati aku terasa sayu.
Tiba-tiba,
Jantung bergerak laju.
Tiba-tiba,
Mekar bunga kelihatan layu.
Tiba-tiba,
Otak terasa buntu.
Tiba-tiba,
Kaki statik bagai dipaku.
Tiba-tiba,
Diri terasa malu.
Tiba-tiba,
Kepala sakit bagai dihentak kayu.

Tiba-tiba.
Semuanya tiba-tiba.

Dari jauh kelihatan samarmu.
Dari dekat datang baumu.
Dari sini aku sayu.
Terlintas-lintas bayangmu.
Ternanti-nanti kau yang dulu.


Wednesday, June 11, 2014

Realiti.

Kadangkalanya,
Aku bagai kucing perlukan belaian.
Sekali sekalanya,
Aku bagai harimau bencikan kedatangan.
Ada kalanya,
Aku bagai bintang perlukan cahaya dari bulan.

Kebenarannya,
Aku seorang yang penakut.
Takut akan kejatuhan.
Kebenarannya,
Aku seorang yang lemah.
Lemah akan kehadiran.
Kebenarannya,
Aku seorang yang gelisah.
Gelisah akan keseorangan.

Sebenarnya,
Aku ingin diperlukan.
Sebenarnya,
Aku takut akan kehilangan.
Sebenarnya,
Aku perlukan kebahagiaan.
Sebenarnya,
Aku perlukan sokongan.
Sebenarnya,
Aku perlukan adam.
Sebenarnya,
Aku ingin mengejar impian.
Dan sebenarnya,
Aku perlu berdiri hadapi cabaran.

Hakikatnya,
Kehadiran kau membawa senyumku.
Hakikatnya,
Kehilangan kau membawa senyumku.
Hakikatnya,
Kemunculan kau kembalikan senyumku.
Hakikatnya,
Kau senyum aku.

Terima kasih.
Hadir membawa kasih.




Malam hari.

Di dalam kedinginan jiwaku.
Kau hadir mendekap erat kalbuku.
Dalam kesendirian nuraniku.
Kau temani aku dengan kemesraan.
Dalam kegalauan jiwaku.
Kau hadir untuk menghiburku.
Dalam kesepian malamku.
Kau hadir dalam indahnya mimpiku.
Tiada yang ku fikirkan selama ini.
Kecuali aku merasa bererti bersamamu.
Tak ada sesuatu terindah untuku.
Kerana kau segala-galanya bagiku.

Di kesepian malam aku sendiri.
Termenung dibawah cahaya rembulan.
Pucuk-pucuk daun meliuk indah.
Mengikuti irama angin perlahan.

Angin, Aku hargai kau menghiburku.
Memang tidak ingin aku berlama-lama.
Larut dengan gelapnya malam.
Terombang-ambing oleh kelamnya awan.
Angin, Tolong katakan pada bulanku.
Aku rindu dan berharap dia hadir disini.
Dengan segala ketulusan cintanya.
Ingin aku mengajaknya bernyanyi.
Menari, berdansa berdua .
Angin, katakanlah padanya.
Aku perlu belaian sejuta kasihnya.
Ingin aku menikmati indahnya malam ini.
Dengan kehangatan peluk mesranya.
Angin, untuk yang terakhir.
Katakanlah padanya.
Aku benci dengan kesendirian ini.

Thursday, June 5, 2014

Tahu tak?


Semenjak 2 menjak ni otak aku mcm dipaku.
Asyik fikirkan sesuatu,
Asyik merapu,
Asyik tak padu,
Mungkin perlukan lebih ilmu.

Eh kenapa?
Dah tua?
Atau dah sampai masa?
Maksud aku, masa untuk bersuka ria.
Masa untuk kurangkan fikir pelbagai rasa.

Mungkin aku patut rehatkan dia sebentar.
Pergi melancong ke luar kota.
Atau pergi duduk je atas tikar.
Tikar sembahyang lama2.

Baca apa yang patut dibaca.
Agar tenang segalanya.
Dipermudah oleh-Nya.
Agar menjadi insan berguna.
Didunia.
Dan disana.

Amin.