Aku punya kisah silam,
Kisah silam yang langsung aku tak idam.
Kau punya sejarah hitam,
Bila kau mahu kau genggam.
Harapan palsu sering diberi,
Janji manis terus menyepi.
Aku malu dengan keluarga,
Lagi malu dengan dunia.
Mungkin semua punya sebab,
Sebab yang aku sendiri tak tahu.
Semua berlaku punya hikmah,
Lebih baik atau sebaiknya.
Diri malas mencari dia,
Sukar diterima,
Sukar dilamar.
Bila orang tanya bila?
Aku jawab aku tak punya.
Bila orang tanya kenapa?
Aku jawab aku tak jumpa.
Biar semua ditentukan keluarga.
Bila hati malas berbicara.
Dan kau?
Mana kau?
Kenapa lambat?
Aku perlu ubat.

