Secawan kopi.
Bersama donut percuma.
Aku nikmati.
Bersama si dia.
Kata dia..
"Kwn2 kita semua dh nk kawin, tunang, aku ni bf pun takde. Mampos la tak kawin aku camni"
Kata aku...
"Serahkan pada Dia..."
Kata dia..
"Kau memang taknak kawin ke?"
Kata aku..
"Takkan lahhh..aku nak anak, aku nak suami, cuma jodoh belum datang, aku malas nak mencari, aku malas nak menanti. Sekarang kalau siapa mak aku berkenan aku on je, tp kalau dh ada bkenan dihati dan respond ok aku proceed"
Kata dia..
"Kalau tak cari, takkan dapat"
Aku terdiam tak berkata.
Baik aku layan kopi.
Malas nak mengata.
Kau tahu kannn?
Jodoh dah ditetapkan.
Cepat atau lambat semua terserah pada-Nya.
Kau hanya perlu menanti dan berusaha.
Aku?
Siapa kata aku putus asa dan tak mahu.
Aku cuma menunggu.
Si dia datang melamar aku.
Siapa taknak kawin.
Mungkin ada.
Aku nak kawin.
Encik suami,
Mana awak.
Lama saya menanti.
Kedengaran gatal.
Tapi takpelah.
Cuma aku sentiasa ingat jodoh belum datang,
Ajal maut.
Rezeki.
Jodoh.
Semuanya rahsia Allah yang tak dapat kita duga kehadirannya.
Ramai resah bila umur dah meningkat.
Jodoh tak datang.
Nak2 bila kawan2 dan keluarga tanya bila nak kawin.
Orang tua pulak macam mendesak2 anak2 dengan soalan yang sama.
Sabarlah.
Jodoh pasti datang.
:)
Nak kawin pun diri dah bersedia sepenuhnya?
